KUALA LUMPUR: Kemampuan ASEAN untuk memberi tekanan kepada junta tentera Myanmar bagi meredakan krisis di negara itu diragui, memandangkan terdapatnya perbezaan persepsi dalam kalangan negara anggota.Pensyarah Ekonomi Politik Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Fajar Ikhsan berpendapat, sejarah sudah membuktikan kritikan dan gesaan semata-mata tidak mampu membawa implikasi besar dalam krisis tidak liberal seumpama ini.”Kekuatan suara antarabangsa pun belum mampu beri kesan, apalagi ASEAN yang berbeza pandangan dan persepsi. Vietnam, Laos, Kemboja dan Filipina mengatakan ini isu domestik tetapi Malaysia, Indonesia, sebahagian Singapura dan Brunei melihat ini isu regional.Ini mengundang satu permasalahan dalaman dan saya agak pesimis terhadap kemampuan ASEAN untuk beri tekanan.
“Sebelum ini pada tahun 2003, 2005 dan 2009 isu illiberal pernah dibawa dalam kerangka ASEAN tetapi sehingga hari ini, kita belum lihat ada kesan jangka panjang,” katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.Namun begitu, beliau melihat kesediaan pemimpin junta Myanmar menyertai sesi dialog Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN kali ini, sebagai satu rasionalisasi positif bukan sahaja di pihak Myanmar tetapi juga negara-negara anggota ASEAN sendiri.”Malaysia masih lagi menggambarkan Myanmar dikawal pemerintah demokratik dan Aung San Suu Kyi masih disebut sebagai penasihat dan sebagainya. Ini label yang digunakan Malaysia tetapi kita boleh melihat kehadiran pemimpin junta Myanmar itu sebagai satu yang baik.”Seolah-olah masih ada harapan untuk ajak mereka berunding. Ini cara alternatif berbanding menggunakan kekerasan.”Ini tahap pertama daripada sequence yang mungkin masih panjang di hadapan, maklumat apa yang kita boleh dapat daripada mereka. Mungkin mereka akan tolak dan tetap mengambil tindakan unilateral tetapi sekurang-kurangnya kita sudah ada posisi untuk melakukan apa yang sesusai di masa hadapan,” tambahnya.Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN di Jakarta dijangka membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau termasuk perkembangan situasi di Myanmar.Selain Malaysia yang diwakili Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut hadir ialah Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh, Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden Indonesia Joko Widodo.Manakala Thailand, Laos dan Filipina diwakili Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan.Myanmar pula diwakili Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.